Esscom Sahkan Kejadian Nelayan Diculik Di Perairan Merabung


LAHAD DATU - Dua nelayan dikhuatiri diculik di perairan Merabung dekat sini, Sabtu.

Nelayan dipercayai tekong dan awak-awak itu diculik ketika sedang menangkap ikan di kawasan itu pada 7.30 malam Sabtu.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) DCP Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

"Maklumat lanjut mengenainya akan diberitahu kemudian," katanya. - BERNAMA

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com