Donald Trump Cemas Atas Pentas Di Nevada


EJEN risikan Amerika Syarikat terpaksa menarik Donald Trump dari pentas ketika berucap pada kempen di Reno, Nevada selepas mengesyaki ada di kalangan hadirin yang mengancam keselamatan calon Republikan yang bertanding jawatan presiden itu.

Sebaik Trump dibawa ke belakang pentas, anggota polis tempatan dan pengawal keselamatan menahan Austyn Crites di hadapan hadirin.

Menurut laman sosialnya, pemuda berusia 33 tahun itu adalah ahli Republikan yang menyokong pesaing Trump iaitu calon Demokratik, Hillary Clinton.

Pegawai kanan bagi kempen Trump memberitahu DailyMail.com bahawa suspek yang membantah kempen Trump mencetus situasi panik di lokasi kejadian.

Ada pihak yang memantau pergerakannya yang mencurigakan telah menjerit: "Dia ada pistol."


Ketika itu juga, pasukan keselamatan bergegas ke pentas untuk menyelamatkan Trump walaupun ketika itu calon pilihan raya presiden itu sendiri dalam keadaan terpinga-pinga.

Bagaimanapun, hasil pemeriksaan mendapati lelaki kulit putih itu tidak membawa sebarang senjata api.

Sementara itu, Crites dikatakan cuba mengambil bendera anti Trump yang diselitkan pada pinggangnya ketika ada pihak yang mengesyaki dia membawa senjata api.

Sumber: mStar

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com