Diana Danielle Akui Pergi Mahkamah Syariah Bukan Keputusan Tepat


PELAKON jelita Diana Daniell mengakui tindakannya ke Mahkamah Syariah baru-baru ini bukanlah satu keputusan yang tepat.

Ini kerana katanya, dia seharusnya berbincang terlebih dahulu dengan suami, aktor Farid Kamil sebelum mengambil keputusan tersebut.

Dipetik menerusi BH Plus, Diana menjelaskan, “Tindakan saya itu tidak tepat kerana tidak terlebih dulu bersemuka dan berbincang dari hati ke hati dengan suami. Saya hanya memikirkan hati sendiri yang terluka, tanpa menyedari saya juga pernah melukakan hati suami.”

Tidak dinafikan, Farid terkejut dengan tindakan saya. Bagi saya, apa yang berlaku itu menjadi amaran buat Farid yang tidak pernah menyangka saya berani bertindak sejauh itu,” katanya.


Daripada ‘episod’ itu, Diana menyatakan dia belajar agar setiap perkara harus diluahkan dan bukan dipendam seperti mana yang sering dilakukannya dan suami.

“Apa juga masalah yang timbul, setiap pasangan perlu berbincang dan meluahkan ketidapuasan hati, bukan memendam rasa. Sebelum ini, kami ‘makan hati’ dengan sikap masing-masing yang tidak mahu meluahkan apa yang terbuku di hati. Lama kelamaan, ia menjadi barah dalam rumah tangga,” ujarnya lagi.

Hasil perkahwinan yang dibina sejak empat tahun lalu, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata, Muhammad; 3, dan Nur Aurora; setahun. –Kedahnews.com

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com