Dakwaan Liridon Ke Felda United Masih Khabar Angin, Tak Pasti - TCH


ALOR SETAR - Ketua Jurulatih skuad Lang Merah, Tan Cheng Hoe menegaskan beliau tidak tahu sama ada benar atau tidak mengenai dakwaan yang mengatakan kononnya pemain import, Liridon Krasniqi bakal berhijrah ke Felda United musim depan.

Beliau yang sedang bercuti ketika dihubungi Kedahnews.com lewat petang tadi menjelaskan bahawa urusan tawaran kontrak kepada Liridon dikendalikan oleh pengurus pasukan, Datuk Jeffrey Low, dan tidak pasti tentang kebenaran di sebalik laporan tersebut.

"Saya tak tahu,  betul saya tak tahu.

"Dengar khabar angin memang kata macam tu, tapi saya tak tahu perkara ini," katanya yang menjelaskan bahawa kontrak membabitkan pemain dari Kosovo itu sudah tamat dan sedang berbincang untuk menandatangani kontrak baru dengan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).


Sebuah portal hari ini mendakwa kononnya Liridon bakal meninggalkan pasukan Kedah dan berhijrah ke Felda United pada musim depan.

Sementara itu, usaha Kedahnews.com untuk menghubungi Jeffrey mahupun Liridon masih gagal hingga laporan ini ditulis. -Kedahnews.com

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com