Bersih 5 China: 200 Atau 50 Peserta?


KUALA LUMPUR – Kira-kira 50 rakyat Malaysia di Shanghai, China cuma berani buat perhimpunan Bersih 5 dalam sebuah restoran di negara itu kira-kira jam 2 petang bagi menyokong penganjuran Bersih 5 di Malaysia hari ini.

Lebih menyedihkan apabila mereka dalam satu kenyataan kepada media di Malaysia mendakwa kononnya lebih 200 rakyat Malaysia di China menyertai acara itu tetapi gambar yang dikirimkan itu menunjukkan imej sebaliknya.

“Bersih di Shanghai pernah buat Merdeka Forum bersama ahli akademik dan politik Malaysia hebat seperti Wong Chin Huat, Lim Guan Eng, Teresa Kok, Tony Pua, Lee Chean Chung, Lim Kit Siang, Maria Chin, Liew Chin Tong dan Ambiga.

“Semangat reformasi mereka melonjak tinggi apabila mendapat mesej daripada Maria Chin yang ditahan dan berkata `Teruskan’,” ujar wakil mereka, Johnson Chew dengan penuh bangga.

Penyokong kumpulan antikerajaan dan parti pembangkang yang majoritinya mereka ialah kaum Cina mengadakan perhimpunan Bersih 5 secara besar-besaran di ibu negara hari ini. .

Penganjur Bersih 5 mendakwa perhimpunan itu kononnya bagi memperjuangkan rakyat, namun umum mengetahui ia sebenarnya satu strategi politik untuk menumbangkan parti terbesar kaum Melayu UMNO. –Kedahnews.com

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com