Auntie Anne’s Tukar Nama "Dog" Kepada "Sausage"


SETELAH mendapat liputan meluas rakyat Malaysia berkenaan isu sijil halal, francais makanan segera, Auntie Anne’s Malaysia akhirnya memutuskan untuk menukar nama ‘pretzel dog’ kepada ‘pretzel sausage’.

Pertukaran nama itu dibuat sebagai salah satu tuntutan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk mendapatkan status halal.

Perkara itu turut disahkan oleh Pegawai eksekutif Auntie Anne’s Malaysia Farhatul Kamilah Mohamed Sazali.

“Kami sudah menukar kepada ‘pretzel sausage’ seperti yang dikehendaki dalam perakuan sijil halal,” katanya kepada Malay Mail Online.

Sebelum ini, francais Auntie Anne’s menjadi kontroversi selepas seorang netizen mendedahkan jenama bakeri popular itu tidak mempunyai sijil halal.

Manakala, Auntie Anne’s pula memaklumkan yang pihak mereka masih lagi dalam fasa mendapatkan sijil halal namun Jakim telah menolak permohanan berikutan perkataan ‘dog’ pada menunya.

Bagaimanapun, Jakim menafikan hal tersebut sebaliknya mendakwa menolak pemohonan itu kerana dokumentasi yang tidak lengkap. – Kedahnews.com

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com