Apple Ganti Bateri iPhone 6s Keluaran September, Oktober 2015


TELEFON bimbit iPhone 6s keluaran Apple yang dipasarkan antara September dan Oktober 2015 layak untuk mendapatkan penggantian bateri secara percuma selepas beberapa kelemahan dikesan.

Kelemahan pada bateri menyebabkan sebilangan kecil telefon bimbit terpadam tanpa memberikan sebarang isyarat.

"Jika anda mengalami masalah ini, segera berkunjung ke Apple Stores untuk mengesahkan sama ada anda layak mendapatkan bateri baharu secara percuma," kata kenyataan yang dikeluarkan Apple.

Apple Stores boleh menyemak telefon bimbit dengan senarai nombor siri dan sama ada akan menggantikan bateri atau membayar balik kos pembelian bateri jika bateri asal sudah ditukar pengguna.

Apple menekankan ia bukan isu keselamatan sebagaimana kes Samsung Galaxy 7 yang dipanggil balik selepas baterinya meletup.

Sumber: mStar

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com