Anak Bekas Presiden Hartawan Maut Diracun


PUTERI kepada hartawan dan bekas Presiden Uzbekistan, Gulnara Karimova, 44, telah dilaporkan meninggal dunia akibat diracun, selepas hilang daripada pandangan ramai pada 2013.

Gulnara sebelum ini pernah diletakkan di bawah tahanan dalam rumah oleh bapanya sendiri, Islam Karimova pada 2014.

Islam meninggal dunia September lalu akibat strok dan Gulnara dihalang daripada menghadiri majlis pengebumian bapanya itu.

Dakwaan mengenai kematian Gulnara itu dibuat oleh sumber di dalam Perkhidmatan Keselamatan Uzbek yang memaklumkan Gulnara meninggal dunia di Tashkent pada 5 November lalu.

Dia dikebumikan pada malam selepas meninggal dunia akibat diracun.

Beberapa bulan lepas, Gulnara dikatakan telah dimasukkan ke hospital sakit jiwa manakala laporan lain pula menyebut dia ditahan di dalam rumah dan ada pula yang memaklumkan Gulnara hidup dalam buangan di Israel.

Dakwaan bahawa Gulnara telah diracun itu dibuat ketika kempen pilihan raya presiden akan diadakan dan khabar angin itu kemungkinan merupakan taktik kotor untuk memalukan pihak berkuasa.


Gulnara yang berkelulusan universiti Harvard itu merupakan pemegang tali pinggang hitam dalam judo dan merupakan seorang wanita yang kaya. 

Selain menjadi penyanyi pop, dia juga terkenal sebagai model, pereka fesyen dan diplomat asing.

Dia dikatakan menjadi pesaing kepada presiden sedia ada. –Kedahnews.com

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com