Adira Mengaku Hamil, Mahu Namakan Anak "Anggerik"


PENYANYI Adira Suhaimi mengesahkan bahawa dirinya hamil anak pertama menerusi sebuah program hiburan sebentar tadi.

Jelas Adira, anak yang sedang dikandungnya itu telah dikenal pasti jantinanya sebagai bayi perempuan.

Teruja dengan perkhabaran tersebut, Adira juga mengatakan dia sudah menyediakan nama untuk permata hati yang bakal dilahirkan awal tahun depan.

Menggemari nama klasik "Anggerik", Adira akan memberikan nama tersebut kepada puteri sulungnya kelak.

Adira berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Dato' Red pada 3 Disember tahun lalu di Songkhla, Thailand. – Kedahnews.com

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com