Abaikan Saja PAS, Kata NGO Kepada Pakatan Harapan


Semua parti-parti pembangkang digesa untuk menghentikan usaha memikat bagi PAS setelah parti berteraskan Islam itu tidak menunjukkan sebarang komitmen untuk bersatu menukar kerajaan.

"Pakatan Harapan perlu sedar Malaysia berada dalam keadaan yang 'bahaya' dari segi ekonomi, masyarakat serta politik dan suatu gerakan drastik perlu diambil untuk menggantikan parti pemerintah demi menyelamatkan negara ini.

"Bagi merealisasikan matlamat ini, gabungan pembangkang yang kuat diperlukan untuk menurunkan regim BN.

"Bagaimanapun, matlamat ini terjejas apabila terdapat pemimpin dalam Pakatan Harapan dan rakan-rakannya yang masih menarik PAS ke dalam pakatan pembangkang.

"PAS dari semua tindakannya jelas menunjukkan tidak mempunyai komitmen untuk menerima jemputan Pakatan Harapan ini dengan mengeluarkan pelbagai alasan dan syarat-syarat," kata NGO pro-Pakatan Harapan dalam memorandum.

Gabungan yang terdiri daripada pertubuhan di peringkat akar umbi semalam menyerahkan memorandum kepada ketua-ketua parti komponen Pakatan Harapan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Warisan Sabah semasa konvensyen pertama Pakatan Harapan itu, semalam. - Malaysiakini

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com