5 Pelajar Sekolah Usia 13 - 15 Tahun Ditahan Curi Motosikal


BESUT – Lima pelajar berusia 13 hingga 15 tahun ditahan polis Isnin lepas ekoran terlibat dalam kejadian mencuri dan meleraikan motosikal.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Mohd Zamri Mohd Rowi berkata mereka ditahan di sekitar Kampung Raja di sini susulan penemuan rangka motosikal di sungai Mas Sekupang di sini.

“Semasa soal siasat, kesemua pelajar yang ditahan mengaku mencuri motosikal yang ditemukan di dalam sungai itu dan dua buah motosikal lain sebelum itu,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kampung Raja di sini semalam.

Menurutnya, kelima-lima pelajar kini direman sehingga hari ini dan seorang daripadanya didapati positif dadah. – BERNAMA

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com