3 Gadis Dipaksa Berbogel Tengah Bandar Kerana "Kantoi" Menyamun


Gara-gara dituduh mencuri, tiga gadis dipaksa berjalan di tengah bandar dalam kedaan berbogel di Huatabampo, sebuah bandar di Mexico.

Mirror.co.uk melaporkan, kejadian tersebut berjaya dirakam dan menjadi viral di media sosial negara itu dengan memaparkan gelagat tiga gadis berjalan tanpa pakaian dengan hanya memakai sarung kaki.

Ketiga-tiga gadis tersebut yang terpaksa menutup payudara dan kemaluan masing-masing menggunakan tangan, dipaksa berjalan di tengah bandar pada waktu malam.

Berita tempatan melaporkan, gadis tersebut dipaksa berjalan bogel kerana dituduh menyamun, namun "kantoi" dalam cubaan mereka.

Pihak berkuasa tempatan bagaimanapun masih menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut.

“Konflik ini bermula apabila ada wanita muda yang terbabit dalam kerja haram (maksiat) telah merompak individu yang juga terlibat dalam kerja haram itu,” Datuk Bandar, Heliodoro Soto kepada media tempatan.


Jelasnya, sehingga kini tiada laporan yang dibuat kerana mungkin mangsa mahu melindungi keluarga dan malu dengan kejadian itu.

Ketiga-tiga gadis terbabit termasuk individu yang memaksa mereka berjalan dalam keadaan bogel masih tidak dapat dikenal pasti kerana tiada laporan polis dibuat. – Kedahnews.com

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com