2 Beranak Teruskan Sisa Hidup Di Pondok Buruk Di Kg Carok Tok Uban, Sik

Minah (kiri) dan Robiah terpaksa tinggal di pondok usang sejak tujuh bulan lalu
SIK - Dua beranak warga emas di Kampung Charok Tok Uban, di sini, meneruskan sisa kehidupan dengan tinggal di sebuah pondok sejak tujuh bulan lalu.

Difahamkan, Minah Mat Akit, 92 dan Robiah Ahmad, 76, tinggal di pondok dalam kebun getah akibat masalah keluarga.

Pengerusi JKKK Charok Tok Uban, Jasni Abu Asa berkata, kedua-dua warga emas itu hidup dalam keadaan serba daif.

Justeru katanya, pihak berwajib diharap dapat membantu dua beranak itu dalam sebarang bentuk bantuan.

“Adakala JKKK bersama penduduk turut menyumbang makanan kepada mereka. Pondok yang mereka diami juga usang, tidak sesuai untuk keselamatan dua beranak tersebut,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com