Walau Bergelar Bilionaire, Tetak Kekal Guna Nokia 6310


LONDON - Beliau merupakan seorang bilionair dengan dianggarkan memiliki kekayakan kira-kira AS$5.3 bilion (RM21.2 bilion).

Namun status itu tidak bermakna buat ahli perniagaan Britain tersebut, Sir Philip Green akan mengikut perkembangan teknologi semasa termasuk penggunaan gajet canggih.

Beliau didapati masih menggunakan telefon bimbit model lama iaitu Nokia 6310 sedangkan zaman kini ramai orang telah beralih kepada telefon pintar.


Malah Green juga masih membawa buku cek berbanding menggunakan kad kredit atau perbankan Internet untuk melakukan sebarang pembayaran.

Malah ramai netizen mengganggap Green sebagai ketinggalan kerana masih menggunakan teknologi 90-an walaupun beliau merupakan seorang yang sangat kaya.


Bagaimanapun Green memberi penjelasan bahawa beliau gemar memakai telefon klasik itu kerana lebih mudah untuk berurusan secara langsung dan tidak gemar berhubung menggunakan emel.

Beliau juga mendedahkan memiliki dua buah telefon Nokia iaitu satu untuk panggilan masuk dan satu lagi bagi membuat panggilan keluar.

Sumber: mStar

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com