Tarikan "Kutip Kuih" Di Kilang Lama, Kulim

Siti Haizun (kiri) bersama pembantunya melayan pelanggan daripada pelbagai kaum yang mahu menikmati 'kuih kutip' dijual di Gerai Jun Corner.
KULIM - Sekiranya melalui Jalan Pecah Batu, Kilang Lama, sudah pasti mata akan tertarik dengan sekumpulan manusia yang beratur untuk mendapatkan lebih 20 kuih-muih dijual di sebuah gerai kecil di situ.

Pemilik Gerai Jun Corner, Siti Haizun Wan Teh, 47, berkata, gerai ditubuhkan empat tahun lalu itu mengamalkan konsep ‘kuih kutip’ daripada masyarakat setempat untuk membantu menambah sumber pendapatan mereka.

Menurutnya, kuih dijual di gerainya itu mempunyai lebih 10 pemilik, yang sudah pasti mempunyai rasa berlainan, walaupun kadangkala jenisnya sama.

“Saya jual lebih 20 kuih yang dihantar penduduk setempat ke sini. Ada juga saya pergi ke rumah mereka dan ambil kuih yang siap dibuat untuk dijual.

"Konsep ini membantu penduduk setempat menjana pendapatan sampingan, terutama suri rumah yang tiada pendapatan. Kita faham kadangkala mereka tiada tapak atau kemudahan untuk jual produk, selain tiada masa terluang.

“Ada kuih karipap daripada dua tuan, rasanya pun sudah pasti berlainan. Tapi saya tak hadkan mereka hantar berapa jenis kuih kerana setiap kuih ada peminatnya atau pelanggan tetap,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com