Siti Akan Berduet Dengan Diva "Whitney Houston"


PENYANYI tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin sekali lagi melakar sejarah dalam hidupnya apabila bakal ‘berduet’ dengan idolanya, mendiang "Whitney Houston".

Menurut Siti Nurhaliza, dia akan merakamkan lagu Memories ‘bersama-sama’ dengan legenda pop yang meninggal dunia pada tahun 2012 itu secara digital.

“Mengenai video klip lagu Memories, pihak Yonder Music memaklumkan masih terdapat beberapa perkara perlu diselesaikan membabitkan hak penyiaran gambar,” katanya memetik myMetro.

Siti Nurhaliza, 37, akan memulakan proses rakaman pada bulan depan dan dijangka melancarkan album pop baharu itu awal tahun depan.

Album itu turut memuatkan beberapa lagu termasuk dari komposer Malaysia dan Indonesia.

Dalam perkembangan lain, Siti Nurhaliza bakal muncul dengan program realiti televisyen berjudul CTDK-ation yang akan disiarkan Januari tahun depan. -Kedahnews.com

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com