"Saya Menteri Pun Tak Pakai Kad Kredit..."


KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said ‎mendedahkan, beliau tidak gemar menggunakan kad kredit bagi mengawal perbelanjaan hariannya.

Azalina berkata, beliau lebih suka menggunakan kad debit ketika menjalankan urusan pembelian.

"Saya sendiri sebagai menteri dah berumur 52 tahun tak nak pakai kad kredit sebab saya lebih suka menggunakan debit.

"Sebab debit tiada isu bunga, kalau pakai kad kredit maknanya saya hutang bank dan kena bunga...‎dan cara itulah cara saya kawal kewangan saya," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen semalam.

Minggu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan, kerajaan akan meminda Akta Kebankrapan 1967 mulai awal tahun depan yang dijangka akan memberi perhatian terhadap mereka yang diisytiharkan bankrap terutamanya kerana menjadi 'penjamin sosial'.

Sementara itu, tambah Azalina lagi, penggunaan kad kredit akan membuatkan kadang-kadang kita 'terbabas' ketika berbelanja.

"Sebab kadang-kadang niat untuk membeli lebih daripada kemampuan," katanya.

Sumber: Sinar Harian

1 comment:

  1. Hippo pakai perabih juta2 duit orang tak cerita ke?

    ReplyDelete

| Copyright © 2013 KedahNews.com