Puluhan Kapal Karam Empayar Uthmaniyyah Ditemui Di Dasar Laut Hitam

Antara bangkai kapal karam yang dikaitkan dengan empayar Uttahmaniyyah.
LONDON - Kajian pemetaan di Laut Hitam menggunakan teknik rakaman tiga dimensi di dasar laut berjaya mengesan puluhan bangkai kapal karam yang dipercayai tenggelam semasa pemerintahan empayar Uthmaniyyah dan Byzantine.

Penemuan itu berlaku ketika sepasukan pengkaji antarabangsa menjalankan kajian berkenaan menerusi  Projek Arkeologi Maritim Laut Hitam.

Ekspedisi itu diketuai Pusat Arkeologi Universiti Southampton, London.

Ekspedisi tersebut meneroka sehingga 1,800 meter di dasar Laut Hitam menggunakan kapal selam kawalan jauh yang dilengkapi peralatan laut dalam paling canggih di dunia.

“Dengan menggunakan teknik rakaman tiga dimensi untuk struktur laut dalam, kami mampu mengambil imej-imej artifak tanpa mengganggu lantai laut,” kata Ketua Projek, Prof. Jon Adams.


Menerusi penemuan tersebut, pengkaji berharap dapat mendalami aktiviti-aktiviti di perairan di Laut Hitam yang menjadi tumpuan empayar besar lain pada zaman dahulu termasuk Greece dan Rom.

Menurut sejarah, kerajaan Uthmaniyyah yang menakluk Constantinople (Istanbul) menutup Laut Hitam kepada kapal dagang pada 1453 dan dibuka semula 400 tahun kemudian iaitu pada 1856.

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com