Petronas Gantung Penjualan NGV Sementara Waktu


PETALING JAYA - Penjualan gas asli untuk kenderaan (NGV) di stesen minyak Petronas di tiga negeri digantung buat sementara waktu.

Dalam satu kenyataan, Petronas berkata syarikat itu menghentikan sementara operasi penjualan NGV di 67 stesennya di sekitar Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Johor sehingga notis diberitahu kelak untuk kerja menaik taraf.

Namun, perkhidmatan lain seperti penjualan petrol dan diesel selain Kedai Mesra di semua stesen itu akan beroperasi seperti biasa.

"Petronas Dagangan Berhad (PDB) sedang mengambil langkah-langkah keselamatan di semua stesennya terhadap kemudahan NGV.

"PDB bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan dalam operasinya untuk memastikan standard keselamatan yang tinggi di permis kami," katanya.

Pada Rabu lalu, seorang lelaki dilaporkan maut selepas tangki mengandungi bahan api NGV meletup di sebuah stesen minyak di Johor Baru.

Lelaki terbabit yang juga seorang kontraktor sedang menjalankan kerja penyelenggaraan selepas pemilik stesen minyak itu melaporkan berlaku kebocoran bahan api tersebut.

Sumber: mStar

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com