Peminat Taja Perkahwinan Amar, Amyra Rosli Di Singapura


Lebih kurang dua minggu pasangan selebriti Amar Baharin dan Amyra Rosli akan diijabkabulkan.

Pastinya debaran semakin memuncak buat darah manis ini yang tidak sabar untuk disatukan dalam ikatan yang sah.

Seperti pasangan selebrti yang lain, Amar dan Amyra turut menerima pelbagai tajaan untuk majlis hari bahagia mereka.

Namun, apa yang mengejutkan kami, pasangan ini turut mendapat tajaan majlis persandingan di Singapura.

Menurut ibu Amyra yang mesra dipanggil Kak Noor, tajaan itu datang dari peminat mereka di negara itu.

“Alhamdulilah segala-galanya berjalan lancar.  Sekarang sibuk nak edar kad perkahwinan. Dan alhamdulilah juga, ramai yang nak taja itu ini untuk majlis ini. Kak Noor anggap rezeki merekalah tu.

“Tapi sebenarnya kami buat yang sederhana sahaja.  Yang penting, berjalan lancar dan dapat memuaskan hati semua tetamu yang hadir nanti. 


“Nak puaskan hati semua pihak, kita cuba yang terbaik.  Jadi sebab itulah, ada pula peminat dari Singapura yang nak buatkan majlis sanding Amar – Amyra di sana.

“InsyaAllah, sebab peminat dari Singapura pun ramai yang beri sokongan pada Amar – Amyra. Nak ajak mereka datang ke majlis di KL, takut tak cukup tempat.

“Jadi ada pihak yang nak buatkan di sana terus.  InsyaAllah, kita cubalah memudahkan semua orang,” katanya, memetik laporan Media Hiburan.

Majlis pernikahan pasangan ini akan diadakan  pada 11 November depan. Manakala, majlis resepsi bagi pengantin perempuan akan diadakan 19 November.

Amar pula dijangka mengadakan resepi pada 19 November.

Tarikh majlis di Singapura akan dimaklumkan kemudian. –Kedahnews.com

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com