Pelajar Lelaki Tingkatan 3 Hilang Sejak 12 Hari Lalu


IPOH - Seorang pelajar lelaki dilaporkan hilang setelah tidak pulang ke rumah sejak 12 hari lalu, kata Ketua Polis Daerah Batu Gajah ACP Mohd Nasri Omar.

Beliau berkata pelajar berkenaan S. Jivinrao, 16, keluar dari rumahnya di Laluan Sri Pengkalan 21, Bandar Sri Pengkalan Pusing di sini pada 16 Okt lalu kira-kira pukul 9 malam.

Nasri berkata ibu mangsa, A. Sathiabama memaklumkan anaknya keluar rumah untuk tidur di rumah kawannya di Buntong dengan menaiki motosikal jenis EX5 dengan nombor pendaftaran AEY9312, tetapi tidak balik sehingga 20 Okt lalu.

"Pada tarikh sama ibu mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Batu Gajah dan sehingga kini pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Buntong itu belum pulang ke rumah," katannya dalam satu kenyataan di sini, Khamis malam.

Menurut Nasri ibu mangsa telah mencari pelajar itu di rumah kawan dan saudara tetapi gagal menemui anaknya itu.

Ketika keluar rumah, remaja berkenaan keluar dengan memakai kameja T dan berseluar pendek selain dipercayai membawa membawa beberapa helai baju dan seluar.

Sumber: mStar

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com