Pelajar 12 Tahun Maut Lepas Selfie, Jatuh Tingkat 17


GARA-GARA terlalu leka berselfie, seorang pelajar perempuan menemui maut dengan cara amat tragik selepas terjatuh dari tingkat 17 sebuah pangsapuri di Rusia.

Menurut sebuah laman berita antarabangsa, kejadian malang itu berlaku di bandar Perm dan mangsa dikenali sebagai Oksana B yang baharu berusia 12 tahun.

Difahamkan sebelum mangsa terjatuh dari tingkat atas kediamannya, dia sempat menghantar gambar selfie kepada rakan baiknya melalui sebuah laman sosial Rusia iaitu Vkontakte.

Mangsa sempat menulis mesej yang memberitahu bertapa berharganya persahabatan mereka.

Malah sebelum itu, mangsa juga memberitahu ibunya bahawa dia mahu naik ke tingkat atas kediamannya itu untuk berselfie.

Menurut laporan, rakan mangsa menyedari gambar itu diambil di kawasan berbahaya dan cuba menghubunginya namun gagal sebelum bertindak menghantar gambar tersebut kepada ibu mangsa.

Mayat mangsa ditemui oleh pejalan kaki yang kemudiannya melaporkan kepada pihak berkuasa.

Pihak polis percaya, mangsa hilang keseimbangan semasa duduk di atas besi penghadang balkoni dan akhirnya terjatuh.


Pak cik mangsa yang terkesan dengan kejadian itu turut memuat naik status di laman sosial media berbunyi, “Dia seorang remaja yang peramah, pelajar yang baik dan tiada masalah di sekolah. Dia juga mengambil kelas tarian dan Bahasa Inggeris.”

“Hidupnya masih panjang, namun segalanya berubah kerana keinginan berselfie di tempat bahaya. Tiada sebab untuknya memanjat besi penghadang balkoni itu.” – Kedahnews.com

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com