NGO Kesal Mahasiswa Rasuah Pensyarah Untuk Lulus


KUALA LUMPUR – Rasuah dalam kalangan pensyarah dan mahasiswa tidak sepatutnya berlaku kerana institusi pengajian tinggi (IPT) merupakan pusat penyebaran ilmu dan pengukuhan nilai bagi menyediakan pemimpin masa depan negara.

Pengerusi Pertubuhan Aspirasi Akademia Ummah Sejahtera (ARUS) Perak, Dr. Mohd. Nuri Al-Amin Endut berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu mengambil tindakan tegas memerangi gejala tersebut.

“Kementerian Pendidikan Tinggi wajar menyiasat dakwaan ini dan perlu menubuhkan satu Jawatankuasa Khas Siasatan agar wabak ‘jijik’ ini tidak merebak secara berleluasa sama ada di IPT awam mahupun swasta.

“Gejala tidak sihat dalam kalangan mahasiswa ini perlu dibendung secara serius,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

SPRM baru-baru ini mengesahkan wujud perlakuan rasuah membabitkan pelajar IPT menawarkan habuan wang kepada pensyarah untuk menaikkan gred pencapaian akademik dan lulus peperiksaan. – Kedahnews.com

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com