Nazrey Raihan Nafi Dakwaan Konon Hidupnya Kini Melarat


SIAPA yang tidak kenal dengan kumpulan nasyid Raihan? Walaupun kelihatan sepi dalam industri seni hiburan namun, lagu-lagu mereka masih lagi diminati dan menjadi siulan ramai.

Dalam pada itu, keputusan bekas vokalis kumpulan itu, Nazrey Johani yang mengadakan persembahan di pasar tani sejak beberapa tahun ini terus menimbulkan tanda tanya.

Hinggakan ada yang berpendapat selebriti itu kini sudah hidup melarat dan mengharapkan bantuan ramai untuk terus hidup.

Bagaimanapun. Nazrey menafikan hal tersebut dan menjelaskan apa yang dilakukannya bersebab.


“Jangan menilai seseorang itu melalui luarannya sahaja. Tetapi jujurnya saya memang tidak kisah apa juga persepsi orang mengenai diri saya.

“Melihat gambar saya membuat persembahan di pasar tani, saya juga sebenarnya tidak percaya Allah beri kekuatan buat saya untuk melakukan perkara tersebut.

“Sebenarnya tujuan utama saya turun ke pasar tani itu untuk bertemu dengan orang. Dalam masa yang sama memberitahu mereka mengenai kewujudan Al-Tahfiz Bayu Syahadah yang dibangunkan saya.


“Jadi tidak salah rasanya untuk saya dalam masa yang sama turun ke pasar itu, untuk meneruskan niat saya ini.

“Saya memerlukan hampir RM20,000 sebulan untuk memastikan sekolah tahfiz itu berjalan dengan baik. Jadi khabar angin mengatakan saya hidup miskin adalah tidak benar.

“Bahkan saya sebenarnya perlu lebih kaya dari dahulu,” katanya kepada sebuah akhbar tempatan.

Bagi Nazrey, apa yang penting adalah keikhlasannya membantu menegakkan syiar Islam di bumi Sabah. -Kedahnews.com

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com