Murid Tahfiz Dibayar RM3, Rahsia Perbuatan Lucah Melampau Senior


KOTA BARU - Seorang murid tahun dua didakwa diberi RM3 oleh pelajar senior berusia 13 tahun di sebuah sekolah tahfiz di sini untuk merahsiakan perbuatan seksual yang dilakukannya sebanyak dua kali.

Perbuatan tidak senonoh itu dikatakan dilakukan pada 10 dan 11 Oktober lalu di sebuah bilik stor sekolah tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kelantan, Asisten Komisioner Mohamad Fakri Che Sulaiman berkata, pelajar berusia 13 tahun itu tidak meliwat budak lelaki tersebut tetapi memaksanya untuk melakukan kelucahan melampau.

Katanya, mangsa telah menjalani pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital dan tidak menunjukkan sebarang tanda dia diliwat.

Namun, Mohamad Fakri berkata suspek mengakui memaksa mangsa melakukan kelucahan melampau di bilik stor sekolah itu sebanyak dua kali.

"Suspek ditahan pada Isnin dan polis mendapatkan perintah reman dari mahkamah majistret Bachok.

"Dia kemudiannya direman selama empat hari bagi membantu siasatan," katanya.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan kerana menghasut kanak-kanak untuk melakukan perbuatan kelucahan melampau.

Sumber: mStar

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com