Muat Naik Gambar Pembedahan, Klinik Diarah Ditutup


KERANA perbuatan suka memuat naik gambar di laman sosial ketika melakukan pembedahan terhadap pesakit, seorang doktor menanggung akibat apabila kliniknya telah diarahkan tutup oleh pihak berkuasa, baru-baru ini.

Dr Yassine Ghazi yang memiliki klinik di Bratislava, Slovakia gemar memasukkan gambar pesakitnya yang tidak sedarkan diri dan tidak berpakaian tanpa mendapat keizinan pesakit-pesakit itu terlebih dahulu.

Pihak berkuasa menggantung lesen operasi kliniknya selepas seorang pesakit membuat aduan kepada kementerian kesihatan berhubung hal tersebut.

Selepas pemeriksaan dibuat, pihak kementerian mendapati klinik Dr Yassine tidak mempunyai lesen untuk menjalankan operasi pembedahan plastik/kosmetik yang merupakan hasil utama pendapatan klinik tersebut.


Memuat naik gambar melakukan pembedahan menjadi kesalahan di kalangan doktor dan jururawat kerana ia telah melanggar hak peribadi pesakit yang mendapatkan rawatan. – Kedahnews.com

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com