Minyak Masak "Lesap" Pulih 2 Hari Lagi - KPDNKK


KUALA LUMPUR - Bekalan minyak masak di kebanyakan pasar raya dan kedai runcit sekitar Lembah Klang mulai berkurangan.

Tinjauan media di pasar raya dan kedai runcit sekitar Damansara serta Ampang, mendapati bekalan minyak masak paket satu dan lima kilogram (kg) kehabisan stok sejak tiga hari lalu.

Pemilik kedai runcit yang ditemui mendakwa kelewatan pembekal menghantar bekalan minyak masak ke premis mereka menyebabkan keadaan itu berlaku.

Selain itu, sikap segelintir pelanggan membuat pembelian panik juga menyebabkan peruncit tidak dapat memenuhi permintaan bekalan bahan itu.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berkata, bekalan minyak masak akan pulih sepenuhnya dalam tempoh dua hari.

Sumber: myMetro

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com