Maria Chin Dibebaskan Lepas Keterangan Diambil


KOTA KINABALU - Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah dibebaskan dengan jaminan polis selepas beliau ditahan di Kota Marudu petang Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Supt Izaan Abdullah berkata Maria dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira pukul 4.15 petang selepas keterangannya diambil dan kertas siasatan dilengkapkan.

Katanya, Maria ditahan semasa mengedar risalah di Langkon kira-kira 90 kilometer dari Kota Kinabalu.

Konvoi itu menuju ke Kota Marudu dari Kudat semasa ia berhenti di Langkon.

Izaan berkata Maria ditahan di bawah Seksyen 11 Akta Cetak dan Penerbitan 1984 pada pukul 1.45 petang.

Ketika dihubungi, Pengerusi Bersih Sabah Beverly Joeman berkata mereka harian dengan tindakan polis.

"Seksyen 11 merujuk bahan bercetak seperti risalah yang mempunyai nama penerbit. Dalam kes ini, Bersih secara jelas dinyatakan sebagai penerbit risalah yang diedarkan," katanya.

Beverly berkata mereka juga pelik dengan tindakan beberapa anggota polis kerana mereka meminta kad pengenalan individu yang menerima risalah Bersih.

Katanya, ini adalah kali pertama polis menghentikan konvoi Bersih memandangkan ia adalah acara kelima di Sabah oleh badan bukan kerajaan (NGO) itu pada tahun ini.

Sumber: mStar

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com