Mahkamah Rayuan Tolak Saman Fitnah Anwar Terhadap Anifah


PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kes saman fitnah  terhadap Menteri Luar Negara Datuk Seri Anifah Aman.

Pemimpin pembangkang yang masih menjalani hukuman penjara itu diperintahkan membayar kos RM100,000.

Anwar menyaman Anifah susulan kenyataan yang dibuat Ahli Parlimen Kimanis itu lapan tahun lalu yang mendakwa pembangkang cuba membeli ahli-ahli politik.

Hakim Datuk Umi Kalthum Abd Majid yang mengetuai panel tiga anggota itu membuat keputusan berkenaan, Isnin.

Anwar diwakili oleh Razlan Hadri Zulkifli.

Pada Oktober lalu, Mahkamah Tinggi menolak saman selepas mendapati Anwar gagal membuktikan dakwaannya dan mengarahkannya membayar kos RM20,000.

Sumber: mStar

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com