Kurang Publisiti, Tiz Zaqyah Guna Media Sosial Dekati Peminat


PETALING JAYA – Pelakon Tiz Zaqyah tidak berasa terkilan apabila kurang mendapat publisiti di media sejak kebelakangan ini kerana lebih selesa memberi fokus kepada kariernya.

Tiz atau Siti Zaqyah Abdul Razak, 27, sebaliknya berkata dengan kuasa media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter dia masih boleh berkongsi aktiviti terbaharunya dengan peminat walaupun dilihat jarang muncul dikhalayak ramai.

Sebaliknya kata Tiz, dengan kuasa media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter dia masih boleh berkongsi perkembangan terbaharunya dengan peminat.

“Saya sebenarnya ada sahaja tetapi saya akui memang jarang menghadiri acara hiburan dan sebab itu jarang ada publisiti mengenai saya.

“Tambahan pula pada kebanyakan masanya saya sibuk di lokasi penggambaran kerana fokus saya adalah kerja.

“Tetapi itu bukan satu masalah kerana dengan zaman media sosial sekarang saya masih boleh memberitahu peminat terntang perkembangan terkini saya,” katanya.

Dalam pada itu, Tiz berkata, dia juga tidak bimbang popularitinya semakin tenggelam kerana perkara itu bukan lagi menjadi keutamaannya.

Sebaliknya kata Tiz, pada tahap ini dia yakin namanya akan sentiasa diingati oleh peminat sekiranya dia tampil dengan lakonan berkesan dan mampu meninggalkan kesan kepada penonton.

“Tidak mengapa jika tidak popular tetapi cukuplah jika peminat mengingati hasil lakonan cemerlang saya dalam drama yang menampilkan saya,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai kehidupan peribadi, Tiz berkata, fokusnya kini adalah kepada kariernya seni dan masih belum berfikir tentang soal perkahwinan.

“Saya tiada komen mengenai kekasih atau status saya kini cuma apa yang boleh saya katakan buat masa sekarang fokus saya adalah karier.

“Soal teman lelaki atau kahwin, kalau ada jodoh, Insya-Allah,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Tiz berkata, dia kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri Lara Cinta Amina untuk siaran TV3.

Sumber: mStar

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com