Kerajaan Perlu Perbetul Silap Persepsi Rakyat Tentang GST

Timbalan Dekan Fakulti Sains Sosial, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian
SHAH ALAM – Pihak kerajaan seharusnya membetulkan persepsi mengenai GST yang didakwa menjadi medium untuk pastikan rakyat menbantu menyelesaikan hutang negara.

Timbalan Dekan Fakulti Sains Sosial, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata kerajaan boleh membetulkan persepsi tersebut dengan menyiarkan perincian pendapatan GST dan cara ia diagihkan.

“Siarkan perincian pendapatan GST dan bagaimana ia diagihkan sama ada untuk menyelesaikan hutang atau dikembalikan semula untuk kesejahteraan negara.

“Selagi ia tidak dilakukan, ada pihak akan terus menggunakan isu ini sebagai mekanisme untuk menzahirkan kemarahan ke atas parti pemerintah,” katanya.

Sebelum ini, terdapat dakwaan bahawa GST menjadi penyelamat ekonomi serta rakyat tidak akan dibebani dengannya jika pemimpin Umno dan BN memerintah dengan penuh adil dan tiada ketirisan berlaku dalam pentadbiran negara.

Menurutnya lagi, penerangan yang secukupnya diperlukan untuk mengelak ketirisan dan jaminan bahawa ia tidak membebankan pengguna.

“Mungkin ada yang terkejut dengan kenaikan harga barang secara mendadak sedangkan jika eksploitasi tertentu tidak dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, ia dapat berjalan dengan licin.

“GST ini dilaksanakan di banyak negara dengan pemantauan yang berterusan agar rakyat tidak terbeban mengikut perincian yang ditetapkan,” katanya lagi.

Sumber: Sinar Harian

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com