Kecoh Burger Nama ‘P. Ramly’, Tapi Ada Babi..!


BELUM pun reda isu nama ‘hotdog’, muncul pula kontroversi baharu apabila sebuah rangkaian restoran di ibu kota menamakan menu burger babi dengan nama P. Ramly.

Nama menu "haram" itu sekali gus mengejutkan ramai kerana bukan sahaja menggunakan nama Melayu tetapi juga seolah-olah mencemar nama seniman Agung tanah air iaitu Tan Sri P. Ramlee.

Malah, ejaan ‘Ramly’ juga merujuk kepada sebuah syarikat pembekal makanan sejuk buku bumiputera yang terkenal.

Menu yang dijual dengan harga RM9.90 per set ini dikatakan sudah pun mula diperkenalkan sejak 31 Ogos lalu.


Sementara itu, menerusi tinjauan BH Online kepada premis berkenaan, seorang pekerja restoran memberitahu, ‘P’ yang terdapat pada menu tersebut adalah merujuk kepada pork ataupun daging babi yang digunakan dalam bahan utama burger.

Manakala, ‘Ramly’ pula digunakan restoran itu kerana nama tersebut adalah nama biasa bagi rakyat Malaysia.

Selain di ibu kota, rangkaian restoran makanan segera itu turut mempunyai cawangan di Melaka dan Negeri Sembilan.

Seorang pengadu yang bernama Jasmin menyifatkan tindakan restoran berkenaan kerana boleh mengelirukan orang ramai khusunya umat Islam.

Berikutan itu, Yasmin berharap pihak berkuasa khusunya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) segera bertindak.

Difahamkan, pihak JAKIM sedang mengkaji berkenaan isu ini sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan. –Kedahnews.com

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com