Kakitangan SADA Di Sik Sudah 2 Tahun Derita Kanser

Kamariah bersama suaminya, Shahnon.
SIK - Seorang kakitangan Koperasi Syarikat Air Darul Aman (Sada) terpaksa bercuti panjang tahun ini akibat menderita kanser ameloblastoma of right mandible tahap empat yang semakin kritikal di bahagian tulang rahangnya.

Kamariah Ismail, 40, berkata, suaminya, Shahnon Abdul Rahman, 47, mula menderita kanser itu lebih dua tahun lalu.

“Sebelum ini bengkak biasa, tetapi selepas bengkak di tulang rahangnya itu pecah, ia merebak dengan cepat,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Sungai Pau di sini, kelmarin.

Kamariah berkata, selama menanggung derita penyakit itu, suaminya masih lagi boleh bekerja.

Namun katanya, sejak Julai tahun ini suaminya tidak lagi mampu bekerja.

Tambahnya, suaminya akan mendapatkan rawatan kemoterapi di Hospital Pulau Pinang dua minggu sekali.

Menurutnya, kos kemoterapi termasuk perjalanan dalam anggaran RM300 ditanggung mereka setiap bulan.

“Doktor maklum penyakit suami tidak boleh dirawat dengan pembedahan kerana luka dalaman yang teruk,” katanya.

Kamariah yang merupakan suri rumah berkata, suaminya ketika ini hanya bergantung kepada minuman susu semata-mata dengan bantuan saluran tiub.

"Setiap bulan RM1,000 perlu dihabiskan bagi membeli 15 tin susu yang mana satu tin hanya boleh digunakan dalam tempoh dua hari,” katanya.

Difahamkan, pasangan ini menanggung anak berusia tujuh hingga 19 menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 setiap bulan.

Untuk sumbangan boleh disalurkan menerusi akaun Maybank 1521 25113783 atau atau hubungi 013-4392767.

Sumber: Sinar Harian

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com