KAFA Sahkan Pamoga Qu Puteh Tarik Diri Taja Skuad Kelantan


KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengesahkan penaja utama The Red Warrios (TRW), Pamoga Qu Puteh telah menyatakan hasrat untuk tidak meneruskan tajaan ke atas pasukan itu pada musim depan.

Presidennya, Tan Sri Anuar Musa berkata, Pamoga Qu Puteh telah menyatakan hasrat tersebut kepadanya meskipun mengikut perjanjian, tajaan mereka ke atas pasukan TRW adalah sehingga 2017.

“Saya memahami hasrat mereka dan akan bawa isu ini ke Majlis KAFA.Kita akan mencari jalan keluar yang terbaik dengan mengambil kira semua faktor serta menjaga hubungan baik jangka panjang dengan semua pihak.

“Walaupun ini akan menambah kesulitan KAFA, namun saperti biasa setiap musim pengurusan KAFA sentiasa di uji pelbagai kepayahan yang biasanya tidak difahami pihak luar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Annuar berkata, beliau bagaimanapun yakin dengan izin Allah S.W.T pasukan Kelantan akan sentiasa dapat mengatasi sebarang cabaran dengan berkat keikhlasan dan kejujuran bekerja secara sukarela demi menjaga pasukan itu.

“Kita tidak akan mudah berputus asa. Tugas bola sepak Kelantan yang tiada siapa mahu mengambil tanggungjawabnya bakal kita pikul sehingga ada pihak yang bersedia mengambilalihnya. Musim 2017…sekali lagi TRW bakal berwajah baharu,” katanya. –Kedahnews.com

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com