Jangan Biarkan Gajet Keruhkan Hubungan Suami Isteri


Tanpa mengira usia, gajet dijadikan teman paling setia hinggakan dalam rumah tangga, gajet boleh dikategorikan sebagai ‘orang ketiga’.

Kalau dahulu, sebelum tidur pasti ada komunikasi, bincang itu, cerita ini tetapi sekarang susah sangat hendak dipraktikkan. Masing-masing sibuk dengan hal sendiri kerana seronok ‘membelai’  telefon bimbit, komputer riba atau tablet dari melayan pasangan.

Sepatah ditanya, sepatah dijawab malah ada masanya langsung tidak berbalas. Sekejap senyum, sekejap masam, seolah-olah gajet itu lebih memahami daripada pasangan yang berada di sebelah. Teruk bukan?

Inilah penangan gajet kalau dipraktikkan dalam sisi negatif sedangkan jika diguna dengan baik banyak manfaatnya.

Kalau macam ini, eloklah betulkan cara ini sebelum keadaan rumah tangga jadi lebih keruh...

1. Jangan biar gajet menguasai rumah tangga anda. Letakkan had waktu untuk menggunakan gajet di rumah.

2. Wujudkan kawasan larangan gajet di rumah seperti di bilik tidur atau ketika makan.

3. Jadilah pengguna gajet yang bijak. Jangan terlalu obses hingga mengetepikan pasangan dan anak-anak.

4. Tanamkan dalam hati bahawa pasangan dan anak-anak adalah keutamaan. Yang lain-lain letakkan di tangga kedua, ketiga dan seterusnya.

5. Cuba elakkan dari membawa kerja-kerja pejabat di rumah seperti mengemas kini e-mel, melayari Internet untuk mendapatkan maklumat dan sebagainya. Nikmatilah sepenuhnya saat-saat manis apabila berada di rumah.

Sumber: Mingguan Wanita

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com