Insentif Diskaun Peminjam PTPTN Berkuat Kuasa Esok


KUALA LUMPUR – Bagi menggalakkan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membuat bayaran balik, kerajaan bersetuju untuk memberi insentif diskaun berkuat kuasa esok sehingga akhir tahun depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2017 di Dewan Rakyat di sini hari ini berkata insentif itu melibatkan diskaun 15 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman.

“Insentif lain adalah diskaun sebanyak 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran.

“Insentif juga melibatkan diskaun sebanyak 10 peratus untuk bayaran balik mela1ui potongan gaji atau direct debit mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan,” katanya.


Najib yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika membentangkan Bajet 2017 yang bertajuk ‘Menjamin Perpaduan dan Pertumbuhan Ekonomi, Menghemah Perbelanjaan Inklusif, Mensejahtera Kehidupan Rakyat Seluruh.’ – BERNAMA

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com