Gempa Bumi: Kedutaan Besar Malaysia Di Rome Pantau Situasi


PUTRAJAYA - Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Rome sedang memantau perkembangan dan situasi terkini di kawasan terlibat berikutan gempa bumi di Itali.

Gempa bumi pada skala 6.6 Richter yang berlaku di Itali pada hari Ahad, 30 Oktober 2016, jam 7.40 pagi (2.40 PM waktu Malaysia) merupakan gempa bumi terkini sejak kejadian di Itali pada hari Rabu dan Khamis lalu.

Warganegara Malaysia yang berada di sekitar kawasan yang terjejas dan memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Rome.

Sumber: mStar

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com