Doktor Malaysia Bertanding Ratu Cantik Di Las Vegas


KUALA LUMPUR – Dr. Ranmeet Jassal berada dalam senarai 20 teratas pada pertandingan ratu cantik `Miss Grand International 2016′ yang berlangsung di Westgate International Theatre di Las Vegas, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Organisasi Miss Grand Malaysia dalam satu kenyataan media berkata, Ranmeet, 25, yang merupakan seorang doktor perubatan dari Malaysia memberi persembahan terbaik dalam acara itu untuk mencapai kejayaan tersebut.

“Seramai 74 peserta mengambil bahagian dalam acara tahunan yang menawarkan hadiah wang tunai AS$40,000.

“Ranmeet turut berada dalam senarai kelompok 10 teratas bagi kategori Kostum Kebangsaan Terbaik,” kata kenyataan itu hari ini.


Menurut kenyataan tersebut, pertandingan ratu cantik antarabangsa itu yang seterusnya akan diadakan di Vietnam pada 25 Oktober 2017. –Kedahnews.com

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com