CIMB Group Puji Bajet 2017 Sebagai Mesra Rakyat


KUALA LUMPUR – CIMB Group menyifatkan Bajet 2016 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menyokong kepentingan rakyat dalam tempoh jangka masa pendek dan panjang.

Ketua Eksekutif Kumpulannya, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, secara keseluruhan, CIMB Group yakin langkah-langkah yang dicadangkan dalam Bajet 2017 akan mencapai sasaran defisit fiskal pada tiga peratus daripada KDNK bagi tahun 2017.

“Kerajaan Malaysia jelas mengambil pandangan jangka panjang untuk membantu rakyat dengan perancangan kewangan sepanjang hayat mereka.

“Ini sangat menyokong permintaan dalam negeri dan kepentingan jangka pendek dan jangka panjang dalam memenuhi sasaran pembangunan yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia ke-11 (2016-2020),” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Tambah Tengku Zafrul, perbelanjaan modal yang berterusan ke atas projek infrastruktur seperti menambah baik pengangkutan dan jalan rangkaian awam terutama di Sabah dan Sarawak dan kawasan luar bandar sekali lagi membuktikan pandangan jangka panjang yang diambil oleh kerajaan dalam menyediakan ekosistem yang sesuai untuk menyokong pertumbuhan ekonomi masa depan.

Katanya, CIMB Group sebagai sebuah kumpulan perbankan yang berada di barisan hadapan dalam perbankan digital turut mengalu-alukan inisiatif kerajaan untuk menjadikan perkhidmatan jalur lebar yang lebih baik dan lebih murah untuk rakyat yang bakal memberi manfaat kepada pengguna dan korporat. -Kedahnews.com

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com