Chelsea Malukan Jose Mourinho Di Stamford Bridge

Pemain Chelsea, N' Golo Kante meledakkan gol keempat pasukannya ketika menentang pasukan Manchester United di Stamford Bridge. - EPA
LONDON - Kepulangan Jose Mourinho ke Stamford Bridge dipalit kecewa apabila pasukan bimbingannya, Manchester United tewas 0-4 di tangan Chelsea dalam saingan Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi.

Penyerang Chelsea, Pedro mengejutkan pasukan pelawat menerusi jaringan terpantas liga setakat ini iaitu tidak sampai seminit selepas aksi bermula apabila menewaskan beberapa pertahanan dan memperdayakan penjaga gol, David de Gea.

Gary Cahill menambah duka skuad Mourinho apabila meledak jaringan kedua pada minit ke-21 dengan tuan rumah selesa di depan sebaik berakhir babak pertama.

Chelsea tampak semakin berselera di babak kedua apabila Eden Hazard mencipta peluang buat dirinya dengan gerakan menarik yang disudahkan pada minit ke-61.

Tidak cukup dengan itu N'Golo Kante mencetak namanya selaku penjaring pada minit ke-69 hasil gerakan menarik yang memperdayakan de Gea. - Agensi

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com