“Cakap Banyak, Saya Hantar `Mat Cangkul'” – TMJ


KUALA LUMPUR –  “Hari ini saya nampak rakyat Malaysia menjadi rakyat India macam ‘happy‘ sangat”.

Demikian sindir Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengulas sikap segelintir rakyat Malaysia bergembira atas kekalahan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) semalam.

Titah baginda, rakyat Malaysia yang bergembira  JDT gagal mara ke peringkat akhir Piala AFC 2016 selepas ditewas kelab India, JSW Bengaluru menunjukkan sikap ‘lalang’ rakyat negara ini.

“Saya tidak peduli apa orang lain cakap sebab pada saya kami adalah pasukan yang sukses di dalam dan luar padang. Orang luar kenal kami dan beri pengiktirafan kepada JDT.

“Kalau orang lain nak sakit hati, nak mereput… mereput la. Peduli apa saya. Yang lain jangan cakap banyak. Kalau cakap banyak saya hantar ‘mat cangkul’ lain kali,” titah baginda semalam.

JDT malam tadi beraksi tanpa penyerang import tewas 3-1 kepada JSW Bengaluru sekali gus gagal mara ke peringkat akhir Piala AFC 2016 bagi mengekalkan kejuaraan itu tahun lalu.


Tunku Ismail dipercayai berseloroh mengenai insiden ‘mat cangkul’ di mana beberapa indvidu menyerang kakitangan Syarikat Air Johor Holdings Sdn. Bhd. (SAJ) yang menjadi viral di media sosial.


Baginda yang juga pemillik pasukan JDT bertitah mengakui keputusan perlawanan malam tadi tidak begitu memuaskan tetapi tetapi mengucapkan syabas dan tahniah kepada pemain JDT.

“Syabas dan tahniah sebab berjaya ke separuh akhir. Ia amat berharga dan pencapaian yang baik,” titah baginda. -Kedahnews.com

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com