Bunuh Anak Sebab Tidak Pandai Masak Capati


Hanya gara-gara tidak pandai masak capati dengan baik, seorang budak perempuan berusia 12 tahun yang dikenali sebagai Aneeqa dilaporkan telah dipukul hingga mati oleh bapanya, Khalid Mehmood, dan abang kandungnya sendiri, Abuzar.

Khalid akhirnya menerima balasan apabila mahkamah Pakistan menjatuhkan hukuman mati ke atasnya selepas dia mengaku membunuh Aneeqa dan kemudiannya membuang mayat anaknya itu di luar hospital Mayo di Lahore pada 2015.

Menurut pendakwaraya, selepas melakukan jenayah itu, Khalid memberitahu polis bahawa anaknya itu telah hilang dan dia bimbang Aneeqa diculik.

Katanya lagi, Aneeqa tidak balik ke rumah selepas keluar membeli makanan.

Difahamkan bahawa pihak polis kemudiannya menahan Khalid dan anak lelakinya Abuzar selepas menyoal siasat jiran-jiran mereka.

Dua beranak itu akhirnya mengaku membunuh Aneeqa dengan memukulnya selepas dia gagal memasak capati dengan sempurna.

Mereka juga mengaku membuang mayatnya dan membuat laporan palsu kepada pihak polis kononnya gadis itu telah hilang. –Kedahnews.com

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com