Bomba Serah Wang Tunai Hampir RM3,000 Ditemui Di ICU HSA


JOHOR BARU - Jabatan Bomba dan Penyelamat di sini memulangkan wang tunai sebanyak RM2,760 yang ditemui di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) yang terbakar dua hari lalu.

Wang tunai itu dijumpai anggota jabatan itu dalam laci meja selepas memadamkan kebakaran di wad berkenaan pada Selasa.

Ketua Balai Bomba Johor Baru, Ibrahim Omar menyerahkan wang berkenaan kepada wakil pengurusan HSA, Dr Tan Cheng Cheng pada kira-kira 5.45 petang hari yang sama.

Kebakaran pada Selasa itu mengorbankan enam nyawa, manakala tiga kakitangan HSA mengalami kecederaan dan kini menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail.

Sumber: mStar

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com