Bersih 5.0 Sudah Terpesong, Ada Agenda Lain - PAS


KOTA BARU - PAS memutuskan tidak menyertai Bersih 5.0 kerana menganggap ia sudah terpesong daripada tujuan asal, malah dipercayai mempunyai agenda lain.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata parti itu juga tidak boleh menerima tindakan peserta Bersih 4.0 yang memijak gambar pemimpin tertinggi negara.

"Selain dilihat sudah 'lari' daripada fokus asal, kami juga tidak menafikan tindakan peserta pada Bersih 4.0 dahulu yang memijak gambar pemimpin tertinggi sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima," katanya kepada pemberita selepas Ceramah 26 Tahun Pentadbiran PAS Kelantan - Membangun Bersama Islam di sini, malam Khamis.

Turut hadir Mursyidul Am PAS Hashim Jasin, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan timbalannya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Takiyuddin berkata PAS memang dijemput dalam mesyuarat berkaitan Bersih 5.0 dan wakil parti itu sudah menjelaskan bahawa PAS tidak akan menyertai perhimpunan itu kali ini.

Sementara itu, Takiyuddin berkata PAS tidak membuat sebarang perjumpaan rasmi ataupun dihubungi secara rasmi oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk bekerjasama.

Sumber: mStar

1 comment:

  1. Bersih lebih bersifat sebagai sebuah parti politik dalam PH yang diterajui DAP dan jangan pula PAS lupa peristiwa semasa Bersih 4.0. Ingat DAP yang tendang PAS dari PR dengan memulakan langkah Kajang dan memperbodohkan Sultan. PAN lahir dari inisiatf DAP untuk menghancurkan PAS dan mereka sedar tanpa PAS akan hancurlah PH terutama parti baru PAN dan PPBM yang tidak berjaya menarik minat dimana keahlian tidak sampai seribu orang di setiap negeri. Isu IMDB sudah basi dan sampai sekarang tidak boleh dibuktikan tetapi masih dipersalahkan PAS, begitulah terdesaknya PH. Teruskan perjuangan mu PAS.

    ReplyDelete

| Copyright © 2013 KedahNews.com