Bank Rakyat Nafi Kenakan Caj Tambahan


KUALA LUMPUR – Bank Rakyat tidak pernah mengenakan sebarang caj kepada pelanggan yang membuat permohonan pembiayaan termasuk anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Justeru, Bank Rakyat menggesa orang ramai terutama anggota ATM supaya tidak terpedaya dengan ejen yang yang mengenakan caj tambahan konon bagi menguruskan dokumen dan kelulusan pembiayaan mereka.

“Bank Rakyat akan mengambil tindakan termasuklah tindakan undang-undang dan melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat individu menggunakan nama dan logo Bank Rakyat tanpa kebenaran bagi semua promosi produk perbankannya,” tegas kenyataan itu hari ini.

Sehubungan itu, ia menasihati orang ramai mengunjungi cawangan berdekatan atau menghubungi saluran rasmi Bank Rakyat seperti Pusat Panggilan tele-Rakyat di talian 1-300-80-5454 jika mahu membuat pembiayaan.

Orang ramai boleh juga melayari www.bankrakyat.com.my, www.facebook.com/myBANKRAKYAT, twitter.com/myBANKRAKYAT atau Instagram.com/myBANKRAKYAT untuk sebarang maklumat. – Kedahnews.com

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com