Baddrol, Farhan Penuhi Hajat "Mak Long Hijau Kuning" Di Baling

Pertemuan menyebabkan warga emas itu begitu gembira.
HAJAT seorang peminat fanatik berusia 70 tahun mahu bertemu dengan Badrol Bakhtiar dan Roslan Farhan tercapai selepas dua tonggak utama itu menziarahinya malam tadi.

Sabariah Othman yang pada mulanya dikunjungi oleh sahabat dua pemain itu, Mohd Akmal Yakob dimaklumkan Badrol Bakhtiar dan Farhan Roslan akan datang bertemunya hari ini.

Bagaimanapun, 20 minit kemudian Badrol, Farhan termasuk bek kanan Kedah, Rizal Ghazali muncul di hadapan rumah memberi salam di kediamannya di Kampung Lanai.


Sabariah yang langsung tidak menjangkakan pertemuan istimewa itu pada mulanya seolah-olah terpukau.

Warga emas itu kemudian tidak melepaskan peluang itu memeluk ketiga-tiga cucunya.

Tiga pemain utama Sang Kenari itu turut menyumbangkan barangan makanan, sebiji bola, hadiah sagu hati, dan dua helai jersi Kedah.

Sumber: Sinar Harian

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com