Ahmad Bashah Cadang Bina Stadium Baru Di Kedah


ALOR SETAR – Kedah bercadang untuk membina sebuah stadium bola sepak baharu yang mampu menampung lebih 60,000 penonton bagi menggantikan Stadium Darul Aman yang sudah berusia 54 tahun.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah berkata ia bagi memberi keselesaan kepada rakyat untuk menyaksikan perlawanan bola sepak memandangkan stadium sedia ada hanya mampu menampung 30,000 penonton.

“Lokasi stadium mungkin di luar Alor Setar dengan kemudahan tempat letak kereta dan tempat perniagaan yang memberi keselesaan kepada penonton bola sepak negeri ini,” katanya pada sidang media ketika hadir pada Majlis Muafakat Asyura Perdana di sini, semalam.

Beliau berkata perbincangan mengenai perkara itu akan dibuat dalam tempoh terdekat bagi mengkaji kos dan pelan stadium berkenaan antara kerajaan negeri dengan syarikat swasta. – BERNAMA

1 comment:

  1. pembinaan stadium yang dicadangkan itu memerlukan tanah yang luas. Kemungkinan tanah sawah digunakan.

    ReplyDelete

| Copyright © 2013 KedahNews.com