2 Lemas, 5 Selamat Manakala 5 Masih Hilang Bot Terbalik Di Tg Dawai


ALOR SETAR – Dua penumpang bot mati lemas manakala lima orang lagi terselamat selepas bot yang dinaiki mereka dari Tanjung Dawai ke Pantai Merdeka di Kuala Muda, terbalik.

Bagaimanapun, nasib lima lagi penumpang yang hilang akibat nahas itu belum diketahui.

Dalam kejadian kira-kira 10.38 pagi semalam, bot yang membawa 12 penumpang itu dipercayai terbalik selepas mengalami kerosakan enjin.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Nur Hafizah Mohammad Lokman berkata pihaknya menerima panggilan pada 10.38 pagi dan tiba di lokasi 30 minit kemudian.

Pada masa ini operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan, katanya. – BERNAMA

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com