Kes Prebet Adam: Nama Baik Kesultanan Johor Perlu Dibersihkan


Selalunya, jika disebut tentang kes Amuk Prebet Adam yang berlaku sekitar Oktober 1987, ramai di kalangan rakyat Malaysia yang teruja dan mendakwa tahu benar dengan insiden yang meragut nyawa itu.  

Sekiranya di"google" atau dirujuk pada rata-rata cerita yang tersebar, boleh dikatakan hampir semua versi mendakwa kononnya bekas anggota Unit Renjer yang nama sebenarnya, Adam Jaafar mengamuk di Chow Kit disebabkan dendam.

Versi tersebut mendakwa, Prebet Adam mengamuk kononnya berpunca dari insiden adiknya telah dipukul mati oleh seorang "kerabat DiRaja Johor" ekoran mangsa ketawa kerana kerabat berkenaan gagal memasukkan bola ke dalam lubang dalam satu permainan golf.


Gara-gara versi tersebut, maka ramai di kalangan rakyat Malaysia yang percaya dan menyalahkan Kesultanan Johor.

Namun apa yang tersebar menerusi versi tersebut adalah palsu dan tidak benar sama sekali, serta bertentangan dengan fakta-fakta tentang kejadian sebenar yang berlaku.

Memetik dari laman Facebook seorang jurnalis terkenal, Syahril A. Kadir, versi berkenaan adalah fitnah yang jelas dan mungkin bertujuan untuk memburuk-burukkan Kesultanan Johor dan kerabatnya.

Syahril menegaskan bahawa berdasarkan fakta sebenar kejadian yang meragut nyawa seorang mangsa yang dikenali sebagai Che Soh Che Mahmud itu, insiden amukan Prebet Adam tersebut adalah tiada kena mengena sama sekali dengan kerabat Istana Johor.


Berikut adalah tulisan penulis tersebut;
KES AMUK PREBET ADAM...SUDAH SAMPAI MASANYA KITA BERSIHKAN NAMA KESULTANAN JOHOR! 
Dah lama juga aku tak tulis kisah-kisah jenayah ini. Hari ini aku nak mengimbas kembali satu peristiwa yang cukup menggemparkan negara satu ketika dulu iaitu peristiwa amuk Prebet Adam Jaafar yang mengamuk hingga menyebabkan seorang lelaki Che Soh Che Mahmud terbunuh di Chow Kit, Kuala Lumpur pada Oktober 1987. 
Ceritanya bermula bila Adam bertindak melepaskan beratus das tembakan secara membabi-buta di kawasan itu. Tak cukup dengan itu, dia juga cuba membakar sebuah stesen minyak berhampiran. Kejadian pada malam 18 Oktober itu berakhir pukul 3.45 petang keesokan harinya setelah dia berjaya dipujuk oleh para pegawai tinggi tentera termasuk yang berjawatan Panglima untuk menyerah diri. Di cermin dalam bilik hotel Adam menginap (dia naik bas dari Ipoh ke Kuala Lumpur), Adam ada menulis ayat ini'
" Malam Sial Untuk Adam. Membunuh, Dibunuh atau Bunuh Diri " 
Sejak itu, sehingga sekarang, kalau search kat Google mengenai Adam ini, kita akan 'dihidangkan' dengan pelbagai kisah serta versi kejadian itu dan yang paling hot, Adam kononnya bertindak demikian setelah adiknya dipukul hingga mati oleh seorang 'kerabat' Diraja Johor. Kononnya kerabat ini marah bila dirinya ditertawakan oleh mangsa kerana gagal memukul bola masuk ke dalam lubang. Lalu mengsa telah dirembat hingga mati dengan menggunakan kayu golf oleh kerabat terbabit. Ini menyebabkan Adam mengamuk menggunakan M16 di Chow Kit tak lama selepas kejadian kerana kononnya hendak menuntut bela. 

INI BETUL-BETUL FITNAH DAN PEMBOHONGAN YANG JELAS DAN NYATA TERHADAP KESULTANAN JOHOR! 
Apa yang sebenarnya berlaku adalah, Adam ketika itu mengalami tekanan perasaan yang amat dahsyat kerana dibuli, didera mental dan fizikal hingga pernah diarahkan untuk membuat seks oral oleh para seniornya di kem tentera mereka. Adam, anggota tentera dari Unit Renjer yang berasal dari keluarga miskin di Pulau Pinang masa itu tidak dapat lagi menerima seksaan demi seksaan di kem tersebut hingga menyebabkan dia tak mampu lagi berfikir secara waras seperti manusia biasa. Dia kemudian mengambil keputusan untuk mengamuk dan melepaskan tembakan liar menggunakan rifal M16 yang dibawanya. 
Aku bukan reka cerita, semua benda ni disebut dan diperincikan di mahkamah satu persatu namun tak ramai yang endah, sebaliknya hanya berminat pada cerita fiksyen yang tak wujud dan ntah dari mana datangnya itu. 
Bicara punya bicara, Hakim akhirnya mengarahkan Adam dihantar ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan kerana mengalami masalah mental sekaligus semua pertuduhan ke atasnya tekah digugurkan. Malangnya sehingga hari ini, orang ramai masih mengaitkan kes itu dengan istana Johor, apatah lagi ketika kes itu berlaku, Sultan Johor merupakan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Buka saja atau Goggle saja di internet pasal kes ni, korang boleh baca, ramai orang diluar sana yang menjadi " pegawai polis dan pendakwa " tidak rasmi dan mereka seolah-olah tahu A to Z apa sebenarnya yang berlaku. 
Ingat, dosa memfitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh. Aku menulis artikel ini kerana merasakan sudah tiba masanya nama Kesultanan Johor yang tercalar disebebabkan insiden ini DIBERSIHKAN. Aku difahamkan Adam dah pun keluar dari Hospital Bahagia beberapa tahun lalu dan kini berada di sebuah negeri dekat utara semenanjung. Aku bukan orang Johor tetapi ibarat cubit peha kiri, peha kanan tetap terasa. Sampai bila kita hendak bergelumang dengan dosa fitnah ini yang lumrah berlegar di kedai-kedai kopi? Tepuk dada, tanya selera.
Tulisan Syahril tersebut turut disokong dan disahkan oleh seorang peguam, Hasnal Rezua Merican, yang turut bertanggungjawab mengendalikan kes itu ke peringkat mahkamah rayuan.


Berikut pula adalah sebuah petikan laporan dari akhbar bahasa Inggeris mengenai penjelasan peguam bagi kes tersebut tentang kejadian sebenar amukan Prebet Adam 1987:

"Like the Private Adam Jaafar (Adam Rambo) case. The rumour that the Sultan of Johor killed his brother is absolutely not true. Adam Rambo had battle fugue syndrome which is a disassociated state of mind. He was ragged in his camp in Ipoh and made to perform oral sex on his seniors, sometimes, while in uniform. His highlight was always his shooting practice. He was such a sharp shooter and would hit bulls’ eyes at least 24 out of 25 times. One Saturday, when they cancelled his shooting practice at the last minute, “he lost it”. He took the bus all the way from Ipoh to KL, checked into a hotel, assembled his gun and went to town in Chow Kit. 
Adam also had other injuries in his head which the government psychiatrist did not discover. Adam probably looked dirty and this government psychiatrist probably did not want to soil his hand and didn’t examine Adam properly. 
But we discovered a nine-inch laceration on his head when he was hacked with a parang when he was a nine year old as he was passing through an area where there was a gang fight. That could have affected his brain. And he came from the poorest of families in Penang and lived in a squatter home literally in the sea. 

The walls are made of plastic sheets and there was no proper toilet. One day the house caught fire and Adam witnessed a beam falling on top of the head of his sister and she was engulfed in flame and died in front of him. So it was traumatic experience. One beam also fell on his head so he got a second injury on his head. 
The government psychiatrist was the director of psychiatry for the whole of Malaysia and he did not discover this! This led to Justice Shaik Daud Ismail being very upset and making the comment that “even a blind bat would have seen the injuries!” 
We managed to get him acquitted as the court found him temporarily insane. Virtually everybody cried during the trial due to the sad factual matrix of Adam’s family and military background. It was like a Hindi movie! The prosecution took it up on appeal and lost..."
Justeru itu, dengan penyiaran fakta dan kejadian sebenar yang berlaku, maka Kedahnews.com mengharapkan agar segala cerita fitnah yang memburukkan Kesultana Johor dapat dibersihkan, termasuk tidak lagi dikaitkan dengan insiden amukan Prebet Adam selepas ini. -Kedahnews.com

28 comments:

  1. masyarakat perlu membuang cerita fiksyen/urban legend tu kepada berasaskan fakta.. viralkan kisah di atas supaya cerita tak betul tu dapat dibasmi..

    ReplyDelete
  2. Setuju sangat berita tak betul mesti dihapuskan!!!

    ReplyDelete
  3. Mereka mereka yang menfitnah Almarhum Ayahnda Tuanku Sultan Johor, sila lah beratur memohon pengampunan Baginda Tuanku di akhirat nanti ye....
    Termasuk lah orang yang suka sindir Kerabat Diraja Johor.

    Kami Bangsa Johor tidak pernah akan lupa Almarhum Sultan Johor, kerana kami mengelar Baginda sebagai Ayahnda yang berjiwa rakyat. Kini DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim meneruskan legasi Almarhum ayahnda....semoga Allah Pelharakan Sultan.....

    Amiiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. bangsa johor?

      how pathetic

      Delete
    2. Kes jurulatih hoki mcmmana pulak ye. Hahaha

      Delete
    3. Bangsa Johor lah pulak ?

      Delete
    4. yg tampar imam tu sape ye?

      Delete
  4. Ye ke ??habis yg mati kena kayu golf tu sape plak ek??

    ReplyDelete
  5. Ye ke.. klu x tahu cerita jgn nak mereka.. memang dlm kes tu prebet adam di cas tidak siuman.. cuba tanya ahli keluarga prebet adam sndri.. dan kawan2 seangota dlm unit dimana prebet adam berkhidmat.. walaubagaimana pun.. sultan tetap berdaulat.. tapi.. yg salah tetap salah.. yg benar tetap benar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la sape plk yg mati kna kayu golf..dr mana dtg cerita tu..hahahah semua kna bodoh

      Delete
  6. Ada ahli keluarga saya yg masuk ke wad yg sama dgn Prebet Adam, bapa saya sendiri pernah berbual dgn PrebetAdam, kami tau apa sebenarnya yg berlaku dan ianya sahih kerana keluar dari mulut Prebet Adam sendiri, tetapi biarlah perkara itu menjadi rahsia dan tidak perlu diungkit kerana akan mengaibkan org yg telah tiada. Tetapi persoalan yg timbul ialah mengapa Tun telah mengusulkan dan diluluskan oleh parlimen untuk memansuhkan imuniti Raja Raja Melayu selepas peristiwa itu dan beberapa peristiwa lain yg melibatkan beberapa Keluarga DiRaja yg lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dgr dari org lain x bmakna ia bnar.. adam jadi mangsa keadaan dan org yg buatkan adiknya terbunuh terlepas akibat kekebalan

      Delete
  7. Aku juga askar seangkatan dgn Pbt Adam cuma dia junior sikit

    ReplyDelete
  8. Aku juga askar seangkatan dgn Pbt Adam cuma dia junior sikit

    ReplyDelete
  9. Adakah maksud Tuan mmg benar adik prebet Adam yg dibunuh atau cerita ini cuma rekaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peristiwa no 1 tu blh diterima sbb sapapun akn mngamuk apabila ahli keluarga mati akibat dipukul dan pmbunuhnya bebas..x diadili krana kkebalan..pristiwa no dua tu nsk sembunyikn kbenaran

      Delete
  10. nampak bohongnya.. siapa tak sayang adik beradik dan sesiapapun boleh bertindak seperti adam akibat adiknya terbunuh selepas dipukul... hanya kerana adik adam adam ketawa kecil kerana kerabat diraja gagal memasukkan bola golf yg jaraknya sejengkal adam dipukul hingga menyebabkan kematian.. ada ketika itu bekerja sbg pembawa kayu golf kerabat raja..

    ReplyDelete
  11. Sapa2 yg kehilangn adik akibat terbunuh pasti tertekan lbih2 lg sipembunuhnya bebas..adalah dua ai tidak adil sudahlah adik dibunuh prebeta adam lak dituduh mengamuk akibat tekana senior.. janganlah nak membohong rakyat..

    ReplyDelete
  12. Aku pun asal dari johor, tp xde la makan dedak sgt mcm org johor skrg ni

    ReplyDelete
  13. mohon bagi citation kes mahkamah tersebut, menarik kes ni nak baca kalau boleh

    ReplyDelete
  14. Meluat btol ak dgr bangsa skrg ni..

    Yer la,cm sultan awk tu x pnah wat dosa plak mse atas dunia dlu.. Dan sy doakn roh beliau aman tenang di sne..

    'Bangsa oh bangsa'

    ReplyDelete
  15. stupid statement from bangsa Johor...make dedak byk pok pok mung ni

    ReplyDelete
  16. Ni kisah prebet adam versi pengikut tun berasaskan artikel prebet adam dlm buku doctor in the house klu x silap.. mana 1 yg betol..

    Kita sering mendengarkan kisah konon Tun Dr Mahathir ialah melayu yang menjadi pengkhianat raja-raja mereka tatkala mereka mahu mempertahankan pemimpin mereka yang membuat onar ini?

    Alasan mereka ialah Tun Dr Mahathir menjadi dalang utama kes perlucutuan kekebalan raja-raja Melayu. Tetapi tahukah anda peristiwa apakah yang berlaku di sebalik kes tersebut?

    Pernah dengar kes Prebet Adam yang mengamuk? Kisah ini berlaku lama dah. Adik kepada prebet Adam merupakan seorang caddy diraja. Dan suatu hari, ketika beliau menemani seorang sultan salah sebuah negeri di Malaysia bermain golf, adiknya telah dipukul sehingga mati oleh sultan tersebut kerana mengetawakan bola yang dipukul oleh sultan tersebut tidak masuk ke dalam lubang.

    Sejurus selepas kematian adik Prebet Adam, maka mengamuklah Prebet Adam di Chow Kit sehingga membunuh beberapa orang.

    Kes seterusnya ialah Peristiwa Gomez. Seorang jurulatih hoki daripada pasukan hoki Maktab Sultan Abu Bakar, meluahkan kekesalan kerana dipanggil untuk menarik diri daripada perlawanan separuh akhir oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Johor. Sultan Iskandar tertarik lalu menitah Gomez untuk menghadap baginda di Istana Bukit Serene, tetapi kemudian menyelar dan menyerangnya.

    Peristiwa ini telah mendatangkan kemarahan rakyat sehingga memaksa parlimen melakukan sesuatu. Selepas disiasat dan dibincangkan, peristiwa yang membawa kepada insiden-insiden di atas kerana kekebalan raja-raja Melayu pada waktu itu daripada undang-undang.

    Nak tak nak, selaku perdana Menteri, Tun Dr M terpaksa melakukan perubahan. Walaupun dengan berat hati, tetapi mahu mengelakkan perkara ini daripada menjadi nanah dalam negara, maka rang undang-undang diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara, masing-masing pada 19 dan 20 Januari 1993.

    Rang undang-undang yang berusul melucutkan kekebalan ini diluluskan oleh enam daripada sembilan raja namun menghadapi tentangan hebat daripada tiga raja yang lain, termasuk Sultan Iskandar sendiri. Sultan Iskandar mengambil inisiatif untuk meraih sokongan diraja untuk menghalang pelaksanaan usul tersebut.

    Rang undang-undang yang berusul melucutkan segala kekebalan dari para raja dan ahli kerabat diraja, menjadikan mereka boleh didakwa mengikut undang-undang bila-bila masa timbulnya salah laku jenayah yang terbukti.

    Kita nampak di sini, bukan Tun sahaja yang bersetuju dengan hal ini, bahkan terdapat 6 raja-raja Melayu yang turut sekepala dengan Tun. Tun bukanlah menentang sistem monarki itu, tetapi untuk mempertahankan sistem monarki tersebut daripada runtuh.

    Kalau sikap ini berterusan gara-gara kekebalan itu, kamu rasa orang Melayu akan mampu bertahan? Bukan tidak pernah berlaku dalam sejarah di mana raja digulingkan. Pernah dengar Sultan Mahmud Mangkat Dijulang?

    Memandangkan raja-raja Melayu ialah benteng terakhir umat Melayu, maka Tun terpaksa berbuat sesuatu untuk melindungi senjata yang akan mempertahankan Hak Agama Islam dan Bumiputera ini.

    Saya harap selepas ini tiada lagi sebarang tuduhan mengatakan bahawa Tun Dr Mahathir adalah pengkhianat bangsa. -HE

    1Malaysia Menolak Fitnah!

    ReplyDelete
  17. Woiiii lu satu skot dgn adam ker..... mcm tahu-tahu jer cerita pasal Adam..... gua bukan skot Adam tp gua senior Adam..... Cerita sebenar hanya adam dan beberapa orang rakan satu skot dgn adam saja yg tahu..... yg lain tak payah nk memandai reka cerita.... poyo jer ngko....

    ReplyDelete
  18. Semua dok citer adik prebet adam adik prebet adam.. tapi sampai skang aku x nampak nama adik prebet adam tu.. siapa.. umur jantina.. dan mcm nk kaitkam cerita ni kalau nama mangsa pun x de..

    ReplyDelete
  19. realitinya adam mana ada adik lelaki.. aku ni adala kena mengena sebelah mak dia.. so aku tau perihal keluarga dia..

    ReplyDelete
  20. realitinya adam mana ada adik lelaki.. aku ni adala kena mengena sebelah mak dia.. so aku tau perihal keluarga dia..

    ReplyDelete

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com