PKR Mahu PAS Tunjuk Sebab Tolak Isteri Anwar


Kuala Lumpur, 10 Ogos – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu PAS memberikan sebab mengapa pemimpin tertinggi dalam parti itu menolak Presiden PKR, Dato’ Seri Wan Azizah Wan Ismail menjadi Menteri Besar (MB) Selangor bagi mengantikan Tan sri Abdul Khalid Ibrahim.

Setiausaha Agung PKR, Dato’ Saifuddin Nasution Ismail berkata, PAS seharusnya perlu ada satu sebab yang sangat kukuh sebagai alasan mereka menolak Wan Azizah memegang jawatan Menteri Besar Selangor.

“Ada desas-desus bahawa PAS tidak mahu menerima Dr Wan Azizah kerana beliau adalah seorang wanita. Jika ini yang menjadi kes, maka mereka harus tampil dan menyuarakan demikian.

“Kami mahu PAS mengatakan secara terbuka bahawa mereka menentang Dr Wan Azizah sebagai MB kerana beliau adalah seorang wanita.


“Biarlah seluruh Malaysia tahu sebab mereka tidak bersetuju dengan Dr Wan Azizah kerana beliau adalah seorang wanita.

“Jika mereka rasa hanya seorang lelaki yang sepatutnya menjadi pemimpin atau Menteri Besar, mereka harus mengatakannya. PAS tahu bahawa 51 peratus daripada pengundi adalah wanita. Mereka harus terbuka dan tampil menyatakan mengapa mereka tidak mahukan beliau. Ini akan menjadikan PAS lebih dihormati,” katanya dalam satu temu bual.

Menurut Saifuddin, penolakan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor dibuat berdasarkan sikapnya yang tidak boleh bekerja dalam satu pasukan.

Malah Adun Pelabuhan Klang itu dilihat sering tidak memberi komitmen seperti yang ditetapkan dalam PKR apabila jarang menghadiri dalam mensyuarat parti, dengan kehadiran sebanyak 42 kali daripada 136 mesyuarat diadakan sejak tahun 2010.

Selain itu, katanya Abdul Khalid juga mempunyai hutang sebanyak RM67 juta dengan Bank Islam, dan ini jelas menunjukkan pentadbiran Menteri Besar Selangor itu mempunyai masalah yang boleh menjejaskan PKR pada pilihan raya umum akan datang. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor





6 comments:

  1. Saifuddin maknusia bodoh,bukan ke Majlis Syura Pas dan memberi sebabnya mereka tidak mahu TS Khalid di gugurkan keran TS Khalid tidak melakukan apa-apa penyelewengan dan khiant kepada PR.Pas dulunya bersetuju jawatan MB di pegang oleh PKR hanya utk TS Khalid terus di lantik menjadi MB,bukan sebab lain,sedangkan kalau mahu di kirakan PAS yg patut menduduki kerusi MB,kerana bilangan Adun Pas lebih banyak berbanding PKR.Kedudukan sekarang kelebihan kerusi Pas berbanding PKR lebih banyak,bila TS Khalid di pecat.Saifuddin buat-buat tak faham kerana bertujuan mahu mengelirukan rakyat dan menjatuhkan maruah Pas agar di pandang serong keran enggan menerima wanita menjadi MB.Saifuddin sial punya mangkuk,tak kena jasa Pas yg telah membenarkan dia bertanding di Kelantan,tanpa Kelantan Saifuddin kempunan utk menjadi MP.Title Dato pun siapa yg bagi pada Saifuddin, al Juburi tu ke yg bagi?.Memang dsar kacang lupakan nkulit seperti al Jubori juga.

    ReplyDelete
  2. doa pas supaya umno ko telah memakan diri sendiri allah telah tunjukan sapa lawan dan sapa kawan sedar lah

    ReplyDelete
  3. pas dah banyak berlembut dengan pkr dari segi perlantikan mb ts khalid dulu pas
    bagi kat pkr ikut ikut pas lebeh 2 kerusi dari pkr itu pas bolih lebeh kurang dari segi tenaga untuk buat demo besih dan lain lagi banyak ahli pas yg bantu nak harap pkr berapa ekor pkr yg ada anuar ingat selangor tak ada yg menjaga nya senang senang nak pecat apaapa pun balik pada penjaga ia itu kebawah duli tuanku anuar ingat tuanku sultan dok saja sekali tuanku tak berkenan anuar bolih buat apa.

    ReplyDelete
  4. Dengar cerita mereka spesis tiada telur kerandut....

    ReplyDelete
  5. Terus terang lah PAS. Sekiranya Wan Azizah dilantik sebagai Menteri Besar maka sahlah Pakatan sebenarnya mengamalkan nepotisma.

    Tiada dalam sejarah BN seorang Perdana Menteri arahkan Menteri Besar atau mana-mana menteri letak jawatan hanya kerana ingin melantik isteri atau anaknya sebagai Menteri Besar maupun Menteri.

    Bagi PAS, ini amat memalukan. Perkara ini lebih zalim dari Maha Zalim yang anugerahkan kepada Tun Mahathir. Anwar memang kaki busuk.

    ReplyDelete
  6. takda nepotisma dalm umno mana ada anak beranak dalam satu negeri ..parti anak beranak diamalkan pkr dan dap aja

    ReplyDelete

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com